Gaung Koubasanan Kadazan Penampang ini sesuai untuk dipakai semasa acara-acara formal ataupun acara keramaian seperti pertunangan, perkahwinan, pertabalan pangkat, tarian Sumazau, upacara tradisi, pesta Kaamatan dan banyak lagi.
Namun demikian tatacara pemakaian ada perbezaan mengikut acara yang sedang berlaku terutamanya dari segi aksesori.
Sebagai contoh semasa tarian Sumazau barulah Sandangon akan digunakan.
Aksesori 1: Gaung dan Souva Moludu Penampang
Selalunya dihiasi dengan “Siling” iaitu renda sulaman tangan daripada benang emas dan merah. Gaung juga dilengkapi dengan Lima biji butang Batawi atau Butang Emas.
Aksesori 2: Sigah
Terdapat dua jenis lipatan iaitu Hinopung-hopung dan juga Kinahu-kahu. Lipatan ini digunakan untuk acara yang berbeza.
Contohnya untuk acara lebih rasmi Sigah Kinahu-kahu selalunya akan dipakai manakala acara ringkas pula adalah Sigah Hinopung-hopung.
Aksesori 3: Kuhabai
Selendang atau kain bahu, yang diletak pada bahu.
Data disediakan oleh Totu Bruno George Sadiwa, Disemak semula oleh Totu Jason J. Bantoi, 26 April 2024
*Kredit gambar kepada Totu Bruno George Sadiwa, Totu Adam Gontusan