fbpx

pakaian tradisi
BUVAZOI TAVANTANG KAAMATAN (MRK)

gaung moludu

(KADAZAN penampang)

aksesori

TENTANG PAKAIAN

  • Gaung Koubasanan Kadazan Penampang ini sesuai untuk dipakai semasa acara-acara formal ataupun acara keramaian seperti pertunangan, perkahwinan, pertabalan pangkat, tarian Sumazau, upacara tradisi, pesta Kaamatan dan banyak lagi.
  • Namun demikian, tatacara pemakaian ada perbezaan mengikut acara yang sedang berlaku terutamanya dari segi aksesori.
  • Sebagai contoh, semasa tarian Sumazau barulah Sandangon akan digunakan.

AKSESORI

  • Aksesori 1: Gaung dan Souva Moludu Penampang
    Selalunya dihiasi dengan “Siling” iaitu renda sulaman tangan daripada benang emas dan merah. Gaung juga dilengkapi dengan Lima biji butang Batawi atau Butang Emas. 
  • Aksesori 2: Sigah
    Terdapat dua jenis lipatan iaitu Hinopung-hopung dan juga Kinahu-kahu. Lipatan ini digunakan untuk acara yang berbeza.
    Contohnya untuk acara lebih rasmi  Sigah Kinahu-kahu selalunya akan dipakai manakala acara ringkas pula adalah Sigah Hinopung-hopung.
  • Aksesori 3: Kuhabai
    Selendang atau kain bahu, yang diletak pada bahu. 

*Maklumat disediakan oleh Alvin Adrian (MRK BKK) dengan rujukan daripada Totu Bruno George Sadiwa, Disemak semula oleh Totu Jason J. Bantoi, 26 April 2024

*Kredit gambar kepada Totu Bruno George Sadiwa, Totu Adam Gontusan, Cikgu Emmet, Edwin, Karpet Merah Production

*Maklumat disemak oleh Totu Bruno George Sadiwa (7 Mei 2024), dikompilasikan oleh Stefanus Able

BATANGA GINONTIHAN

(DUSUN BUNDU-RANAU)

aksesori

TENTANG PAKAIAN

  • Pakaian ini sesuai dipakai semasa acara adat iaitu (Sogit, Moi Panau, Mongimuhau, Kumakap Gayo Ngaran)
  • Selain itu juga sesuai dipakai sebagai baju pengantin, pemimpin kebudayaan dan untuk tujuan memperkenalkan baju tradisi kepada umum.
  • Menurut kearifan dan kepercayaan lokal, motif Sumilibabou membawa maksud kewujudan kehidupan roh selepas mati yang akan tinggal di suatu tempat yang dipanggil ‘Libabou’. Penggunaan manik disusun membentuk 7 Corak bertingkat merujuk kepada tujuh lapisan alam yang harus dikunjungi sebelum sampai ke ‘Libabou’.

AKSESORI

  • Aksesori 1: Sulau / Golong
    Hiasan di bahagian tangan yang diperbuat dari logam tembaga.
  • Aksesori 2: Karoh
    Manik putih yang disusun menjadi rantai dan dipakai di bahagian leher.
  • Aksesori 3: Sigar
    Kain dastar hitam tebal yang diberi perincian sulaman benang berwarna merah pada tepi kain tersebut dan diikat pada kepala si pemakai.
  • Aksesori 4: Kaput Amas / Saring
    Penggunaan kaput amas di bahagian depan baju adalah sebanyak 5 biji dan 2 biji di bahagian kiri kanan poket.

*Maklumat disediakan oleh Alicius Petrus (MRK BKK) dengan rujukan daripada Totu Adrian Soidi, Komuniti ITI SUNDU Bundu Tuhan, Dokumentasi Warisan dan Budaya Bundu Tuhan
*Kredit gambar kepada Alicius Petrus, Karpet Merah Production

*Maklumat dikompilasikan oleh Stefanus Able

 

Set Pakaian Tradisi Etnik Rungus Lelaki Ontong Totuo versi Mongigol

(Rungus Matunggong)

aksesori

TENTANG PAKAIAN

  • Pakaian tradisi Rungus ONTONG TOTUO ini dipakai semasa upacara perkahwinan penuh adat dan ritual yang hanya mampu dilakukan oleh golongan bangsawan/kaya raya etnik Rungus zaman dahulu.
  • Semasa perkahwinan ONTONG TOTUO, aksesori yang dipakai oleh wanita boleh dipakai oleh lelaki jika ada/mampu.
  • Pemakaian mugah dan set sandai semasa perkahwinan menunjukkan bahawa pengantin lelaki tersebut bersedia untuk tarian mongigol. Oleh sebab itulah kenapa set pakaian yang dipakai ini dinamakan set ONTONG TOTUO versi mongigol.

AKSESORI

  • Aksesori 1: Sigal tinohian
    Dipakai pada bahagian kepala

  • Aksesori 2: Ganggalung
    Gelung tembaga pada bahagian leher

  • Aksesori 3: Inggot
    Manik dipakai agak ketat pada bahagian leher

  • Aksesori 4: Togkol
    Rantai leher daripada manik dan batu togkol

  • Aksesori 5: Tinggol
    Rantai manik pada bahagian leher

  • Aksesori 6: Pinakol
    Manik yang dipakai bersilang pada badan

  • Aksesori 7: Sandang
    Togkol dan manik besar yang dipakai bersilang pada badan

  • Aksesori 8: Sudampai
    Sigal yang diletakkan pada bahu dan dipakai besilang pada badan.

  • Aksesori 9: Sandai
    Kain tenun panjang yang dipakai bersilang pada badan.

  • Aksesori 10: Hokos
    Kain tenun yang berwarna merah, kuning dan hijau yang berfungsi sebagai tali pinggang.

  • Aksesori 11: Badu
    Baju lengan panjang yang ditenun.

  • Aksesori 12: Saring
    Lilitan tembaga pada tangan

  • Aksesori 13: Golong Topurak
    Gelang berwarna putih yang dipakai pada bahagian pergelangan tangan.

  • Aksesori 14: Porokina
    Tali pinggang berkepala tembaga pada bahagian pinggang.

  • Aksesori 15: Burambun
    7 loceng pelbagai saiz yang dipakai pada bagaian pinggang

  • Aksesori 16: Mugah
    Kain sarung tenun

  • Aksesori 17: Sulaw
    Rantai leher yang diperbuat daripada manik dan cangkerang kima.

*Maklumat disediakan oleh Fedoh Ompiduk
*Kredit gambar kepada Fedoh Ompiduk, Karpet Merah Production

*Maklumat dikompilasikan oleh Stefanus Able

SINIPAK

(Dusun tindal - kota belud)

aksesori

TENTANG PAKAIAN

  • Pakaian tradisi sesuai digunakan untuk Majlis Perkahwinan, majlis keramaian, dan sebagainya.

AKSESORI

  • Aksesori 1: Sigar
    (a) Diperbuat daripada kain dastar yg ditenun oleh kaum Iranun terutama di kawasan Kota Belud. 
    (b) Lipatan sigar kaum dusun Tindal seperti Tanduk Kerbau

  • Aksesori 2 : Porotina
    Kepingan tembaga yg ditempa dan dijahit pada kain merah sebagai pengikat pingang

  • Aksesori 3 : Saring Pirok
    Gelang yang diperbuat daripada perak dipakai pada bahagian tangan

  • Aksesori 4 : Set Lolopot
    (a) Zaman dahulu, lolopot ini digunakan untuk membungkus barang tetapi dalam baju sinipak ia adalah sebagai kelengkapan aksesori.
    (b) Kain yg dibentuk menjadi segitiga dan dijahit renda berwarna putih. Kebiasanya, lolopot diperbuat daripada kain dastar berwarna merah.

  • Aksesori 5 : Tiupu
    Dipakai di bahagian leher. Selain itu, kegunaanya adalah tempat
    kapur sirih tetapi dalam baju sinipak ia adalah sebagai kelengkapan aksesori.

  • Aksesori 6 : Batungkat
    a) Wang syiling berwarna perak
    b) Tali pinggang berwarna perak diperbuat daripada wang syiling British yg digunakan semasa pemerintanan Syarikat Hindia Borneo Utara yg dijadikan tali pinggang.

*Maklumat disediakan oleh Inlo Ansim (MRK BKK) dengan rujukan daripada Jeez Kuripin dan Olivva Kusmas(FB)

*Kredit gambar kepada Inlo Ansim, Karpet Merah Production

*Maklumat disemak oleh Totu Bobby Brian Garon (7 Mei 2024), dikompilasikan oleh Stefanus Able

SINUPAKAN TOBILUNG

(KOTA MARUDU-kota belud-kudat-PITAS)

aksesori

TENTANG PAKAIAN

  • Pakaian Tradisi suku kaum Dusun Tobilung yang dinamakan sebagai (SINUPAKAN) adalah sangat unik dan ikonik, ianya juga menjadi salah satu Pakaian Tradisi Kegemaran orang ramai kerana corak dan keringkasan pakaian tersebut.
  • Pakaian tradisi sesuai digunakan untuk Majlis Perkahwinan, majlis keramaian, majlis menyambut tetamu dan sebagainya.
  • Manakala untuk SINABALA TOBILUNG (lihat gambar) pula, ia merupakan Baju tradisi Tobilung zaman kodori yang mempunyai reka bentuk/design yang berbeza daripada Sinupakan Tobilung.

AKSESORI

  • Aksesori 1: Sigar Podong
    (a) Sigar Podong adalah ‘headgear’ atau tengkolok tradisi lelaki kaum Tobilung yang mempunyai “podong @ tanduk” (lipatan kain yang dibentuk seperti tanduk.
    (b) “Podong @ Tanduk” ini berbeza mengikut status si pemakai, sekiranya “tanduk” pada sigar tegak ke atas, itu menunjukkan sang pemakai masi anak teruna, Manakala sekiranya “tanduk” pada sigar condong ke bawah, itu menunjukkan sang pemakai sudah beristeri.

  • Aksesori 2: Tagkos Sinambala (2 jalur warna berlainan)
    (a) Tagkos Sinambala adalah kain pengikat pinggang yang berwarna merah dan putih, warna merah melambangkan keberanian dan kegagahan suku kaum Tobilung, Manakala warna putih melambangkan kesucian dan kebaikan budi pekerti masyarakat tobilung.
    (b) Sekiranya tagkos hanya mempunyai 1 warna sahaja (cth Hitam), ianya dipanggil Tagkos Etom.

  • Aksesori 3: Giring
    Rangkaian lonceng tembaga yang digunakan untuk berburu atau menggembala haiwan ternakan seperti lembu.

  • Nama aksesori 4: Nompiran/Sorual
    Nampiran adalah seluar yang dibuat daripada kain berwarna hitam dan dihiasi dengan kain warna merah untuk mencantikkan lagi seluar tersebut.

*Maklumat disediakan oleh Andre Doni (MRK BKK)
*Maklumat dirujuk daripada Buku Inventori Budaya Etnik Negeri Sabah ETNIK TOBILUNG, Hassander Koko (FB) .

*Kredit gambar kepada Bobby Idhzar, Karpet Merah Production, LizaLeezAlan

*Maklumat disemak oleh Ronney Pue, Rosel Pue (8 Mei 2024), dikompilasikan oleh Stefanus Able

Garung lapoi

dusun liwan

aksesori

TENTANG PAKAIAN

  • Pakaian tradisi suku kaum Dusun Liwan yang dinamakan sebagai LAPOI ini sesuai digunakan ketika majlis perkahwinan, dan juga acara seperti Pertandingan Mr Kaamatan.
  • Manakala pada waktu dahulu, pakaian ini juga digunakan semasa berperang atau memburu. 
  • Pakaian ini dilengkapi dengan pelbagai jenis aksesori.

AKSESORI

  • Aksesori 1: Garung Lapoi

  • Aksesori 2: Golong dalai, Sinandang dalai
    Dipercayai, ia digunakan sebagai azimat untuk perlindungan semasa pergi memburu ataupun berperang.

  • Aksesori 3: Pingogos sunduan
    Gigunakan semasa upacara magavau.

  • Aksesori 4:  Sinulapidan Tulu dan Golong
    digunakan sebagai perisai. Untuk sinulapidan tulu sebetulnya ia diperbuat dari kayu rotan dan dililit di bahagian kepala namun proses pemakaiannya sangat susah.

*Maklumat disediakan oleh Joel bin Alixander dengan rujukan daripada Totu Bruno George Sadiwa, Jack Egualnado
*Kredit gambar kepada Karpet Merah Production

*Maklumat disemak oleh Totu Bruno George Sadiwa (7 Mei 2024), dikompilasikan oleh Stefanus Able

 

Sia kinadazan

(kadazan papar)

aksesori

TENTANG PAKAIAN

  • “Sia” bermaksud baju
  • Sesuai digunakan pada waktu perayaan (Pesta Kaamatan), Hari Keramaian, Perkahwinan, dan acara-acara rasmi dan kebudayaan.

AKSESORI

  • Aksesori 1: Sandai
    (a) Kain yang berupa sebagai selendang yang diletak pada bahu dan pada asalnya diguna untuk lap peluh semasa berada di sawah padi dan sebagainya pada zaman dahulu.
    (b) Sandai juga digunakan oleh kaum lelaki dalam papasazau do miontong untuk upacara ritual tradisi modsuau iaitu penghormatan semangat dapu (tajau besar) pada suatu ketika dahulu.

  • Aksesori 2: Sinangau-sangau
    Sigah dari Papar dipanggil “Sinangau-sangau”. Sigah terdapat maksud yang tersendiri, iaitu tanpa lipatan kiri bermaksud orang biasa atau masyarakat biasa, manakala jika terdapat lipatan kiri pada sigar merupakan orang yang berdarjat, dan tujuan lipatan tersebut adalah untuk meletakkan darjat seseorang seperti darjat “Bintang Kinabalu”.

  • Aksesori 3: Kaking
    Merupakan tali asas kain pada bengkung pinggang.

*Maklumat disediakan oleh Alexander Damian (MRK BKK)
*Kredit gambar kepada Karpet Merah Production, Aaron Ryandell

*Maklumat disemak oleh Totu Dunstan Oswald Roland (7 Mei 2024) dan dikompilasikan oleh Stefanus Able

Ayung Delei Lundayeh

(Lundayeh)

aksesori

TENTANG PAKAIAN

  • Pakaian tradisi Lelaki Suku kaum Lundayeh disebut “Ayung Delei Lundayeh”. Pakaian tradisi ini merupakan pakaian yang melambangkan kepahlawanan kaum lelaki lundayeh.
  • Asas bagi busana tradisi ini ialah baju kulit kayu “bakad talun” ataupun kulit haiwan bakad “fung” dan juga cawat yang berwarna merah sebagai warna asas. Ditambahkan lagi dengan topi merah yang dililit di bahagian kepala si pemakai yang dipanggil “sigar”.
  • Busana tradisi ini pula diserikan lagi dengan aksesori seperti rantai tulang, gelang tangan, gelang kaki, anting-anting tulang, beg rotan, dan banyak lagi. Perhiasan tambahan pula ialah , sumpit, perisai, pedang, telungan, bulu-bulu burung dan ukiran tattoo pada tubuh si pemakai.
  • Secara keseluruhannya, pakaian tradisi Lelaki bagi suku kaum lundayeh ini diperbuat daripada hasil tumbuhan semula jadi yang ada di hutan dan juga tulang-tulang haiwan yang sudah diburu oleh mereka untuk dijadikan perhiasan bagi pakaian mereka.
  • “Ayung Delei Lundayeh” ini dipakai semasa Acara kebudayaan seperti Pesta Lundayeh, acara perkahwinan, upacara adat, semasa acara tarian dan sebagainya.
  • Walaupun etnik Lundayeh menetap di 3 buah negara (Malaysia, Brunei, Indonesia), pakaian tradisi lelaki kekal sama. Manakala untuk wanita pula, corak dan reka bentuk adalah berlainan.
  • Berikut merupakan kumpulan etnik Lundayeh;
    • Lundayeh ( Sabah )
    • Lunbawang ( Sarawak )
    • Dayak Lundayeh ( Kalimantan )
    • Dayak Lengilu ( Kalimantan )
    • Puak Murut / Lunbawang (Brunei )
    • Sa’ben (Sarawak )
    • Kelabit ( Sarawak )

AKSESORI

  • Aksesori 1: Sigar / Topi

  • Aksesori 2: Bakad Talun / Baju Kulit

  • Aksesori 3: Abpar / Cawat

  • Aksesori 4: Bau Tulang / Rantai
  • Aksesori 5: Fakel Lengen / Gelang Tangan
  • Aksesori 6: Fakel Kukud / Gelang Kaki
  • Aksesori 7: Felefet / Pedang
  • Aksesori 8: Utab / Perisai
  • Aksesori 9: Efut / Sumpit
  • Aksesori 10: Telungan / Tempat simpan peluru sumpit
  • Aksesori 11: Bakang / Beg Rotan
  • Aksesori 12: Arit / Tatu Corak

*Maklumat disediakan oleh Petley Nyle
*Kredit gambar kepada Petley Nyle
*Maklumat disemak oleh Petley Nyle (9 Mei 2024) dan dikompilasikan oleh Stefanus Able

mahu tambah maklumat?

Anda mempunyai maklumat tentang pakaian tradisi yang ingin diketengahkan?
Sila berikan maklumat melalui butang di bawah

CONTACT

JOIN THE CLUB

Dapatkan info tentang update terbaru website Buvazoi Tavantang Info.

Copyright © 2024 Buvazoi Tavantang Info | by Stefanus Able


maklumat pakaian

Info Pakaian Tradisi Lelaki

Sumbangan kasih